Jurulatih Senamrobik Baru Pn Mazita |
Sesi senamrobik kali ini telah dihadiri seramai 94 orang. Tetamu istemewa kita dan juga peserta adalah En Mohd Yusof bin Lasim (Pengerusi PIBG) hadir pada sesi ini. Guru Besar dan Isteri juga hadir. Penolong Kanan En Mohd Yusuf Bin Hj Putih juga merupakan peserta baru daftar juga hadir. Diatas permintaan beliau kita buka pendaftaran tetapi rugi sikit kerana peserta lain ada yang mula sejak 23 Jan 2011 lagi. Tetapi jika ada keinginan yang tinggi maseh boleh berjaya mengatasi peserta lain. Setakat ini hanya seorang peserta saja yang turun 5 kg..... yang lain dok turun naik takok lama, ada dua tiga orang paling tinggi turun 3 kg.
Pada sesi 6 Mac 2011 nanti, sesi soal jawab dengan Dr Idayu Maarof akan diadakan pada jam 10.00 pagi. Para peserta dan para hadirin yang lain boleh bertanya segala isu kesihatan dengan Dr Idayu.
Ikon KECERGAS En Abu Samah (Pak Chad) berucap tentang cara untuk menjaga kesihatan dihari tua. Menurut beliau yang paling penting adalah menjaga makan dan senaman selalu... beliau berkata tajuk program kita amat bertepatan sekali dengan gaya hidup beliau.
Pengerusi PIBG Berseluar Panjang Putih Barisan Kedua |
Kita mesti ingat, semua ubatan (drug) ada kesan sampingan. Kesan sampingan yang paling ketara oleh mereka makan pil tahan darah tinggi adalah lengah lutut.. oleh itu cari maklumat tentang kesan sampingan setiap ubat yang diambil.
Guru Besar Berbaju-T Biru dan Seluar Hitam |
No comments:
Post a Comment