Tuesday, March 1, 2011

SESI TIMBANG BERAT BADAN PADA 25 FEB 2011

Semak Nama Sebelum Timbang
Pada sesi ini seramai 62 orang datang timbang. Setakat ini yang telah berjaya turun 5 kg dan lebih adalah Mejar Rosli, Sdr Khairul Anwar dan Sdr Mustafa Zul. Nampaknya tiada dari kaum wanita.... bertambah betul cerita yang saya maklumkan semasa ceramah saya pada 23 Jan 2011 lalu... mengikut kajian semasa hantar flyer ramai wanita kata.... "suami mereka suka mereka tembam,, berisi,,, ". Saya nak jawab lagi sekali macam saya dah jawab... jangan terkebil nanti bila suami terjumpa yang macam "kerengga". Jangan marah cuma bergurau.

Setakat ini tiada seorang pun peserta khas yang berjaya turun 5kg atau lebih. Kehadiran untuk timbang dari golongan peserta khas adalah 4 orang. Jangan putus semangat ... anda pasti boleh turun sekurang-kurangnya 5 kg.

Bertambah Naik Ke? Turun
Ramai mungkin bila dah tak turun, malas nak datang timbang. Ada yang bertambah naik sejak program ini bermula. Walaubagaimanapun berikut adalah bilangan yang dah turun:-
      Turun 1 kg - 21peserta
      Turun 2 kg -   5 peserta
      Turun 3 kg -   6 peserta
      Turun 4 kg -   7 peserta
      Turun 5 kg -   1 peseta
      Turun 6 kg -   2 peserta


     


AJK Beraksi Dengan Baju KECERGAS tajaan LPKM


No comments:

Post a Comment