Saturday, February 5, 2011

SENAMROBIK: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Program Senamrobik pada 30 Januari 2011 di TESCO Semenyih dari jam 9.00pg - 10.00pg telah dapat menarik seramai 176 peserta. Oleh kerana cuaca hujan program terpaksa dipindahkan kedalam tempat letak kereta berbumbung. Ini telah menimbulkan masalah kelancaran operasi TESCO. Pihak TESCO telah tidak membenarkan senamrobik diteruskan dan meminta KECERGAS menukar hari senamrobik pada setiap pagi Sabtu.

Atas permintaan peserta kerana ramai yang berkerja pada hari Sabtu, program senamrobik terpaksa diteruskan juga pada setiap pagi Ahad. Oleh sebab faktor ini, cuaca dan masalah teknikal acara senamrobik setiap ahad jam 9.00 pg - 10.00 pg terpaksa dipindahkan ke Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Semenyih (Berdepan Balai Polis Semenyih dan Sebelah Masjid Semenyih).

Terima kasih pada semua peserta yang telah memberikan sokongan padu pada program ini. Syabas.

Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Sean Lee Sun Lerk dari Unit Naziran LPKM kerana sudi hadir keprogram kami. Kong Xi Fa Cai khas untuk En Sean dan Peserta serta semua warga Malaysia.



Peserta Yang Menghadiri Program Senamrobik Pada Ahad 30 Jan 2011

Jurulatih Senamrobik: Puan Ismawati

3 comments:

  1. Syabas kepada Penganjur. namun mengapa, pihak KECERGAS tidak dapat bekerjasama untyuk bergabung dengan kumpulan senamrobik berbaju merah?

    ReplyDelete
  2. Kita cuba nak bergabung (2 kali mesyurat diadakan) tetapi mereka tak ingin, mereka kata wat apa nak gabung mereka dah hebat dah ramai pengikut. Wat apa nak bantu kumpulan KECERGAS........ jika dak juga kena bagi depa RM10,000 tunai.....

    ReplyDelete
  3. Thanks to KECERGAS and En Ramli,i m glad to see the program and hope everything is going well.All the best and good luck to all of u.

    Regards,
    Sean Lee Sun Lerk

    ReplyDelete