Pengerusi KECERGAS menyampaikan hadiah wang tunai RM50 kepada Major Rosli |
Harap ianya dapat memberi motivasi kepada peserta yang lain, Major Rosli boleh, anda semua juga boleh.
Sesi senamrobik pada 13 Febuari 2011 yang lepas telah menarik seramai 76 peserta. Seperi biasa selepas senamrobik jam 10.00 pagi, sesi ceramah tentang kesihatan akan disampaikan oleh En Ramli Bin Mat Nor, Pengarang Buku Makan Untuk Hidup, dan juga merupakan Pengerusi KECERGAS. Apa yang disarankan oleh En Ramli adalah tentang cara untuk menurunkan berat badan dengan cara kawalan makan/minum dan senaman berasaskan pengalaman beliau lalui untuk menurunkan berat badan lebih 23 tahun yang lepas. Beliau berjaya turun dari lebih 90kg ke 55 kg ketahap sekarang dengan BMI = 21.5 dan berjaya mengekalkannya.
Berbaju Hitam Adalah Guru Besar Sek Ren Keb. Semenyih Bersama Kita Bersenamrobik |
Apa yang ditekankan oleh penceramah En Ramli, makanan seimbang dengan mengurangkan minyak, gula dan garam adalah penting penting untuk turunkan berat badan dengan mempastikan apa yang kita makan mesti kurang dari keperluan harian kita. Contohnya, kita perlu antara 1,800 - 2,000 kkalori sehari, kita perlu makan hanya 800 kkalori sehari untuk turun berat badan dengan pengurangan 1,000 - 1,200 kkalori sehari. Senaman dapat membantu kita membakar lebih kalori tetapi ianya dapat membakar sedikit kalori saja. Sebagai contoh, senamrobik yang kita buat 1 jam ini dapat membakar lebih kurang 200 kkalori. Satu keping roti canai 100gm bersama dal dan teh tarik memberikan lebih kurang 650 kkalori. Oleh itu, jika kita tukar roti canai dengan kita makan oat dengan susu dan air suam (370 kkalori), kita jimat 280 kkalori.
Contoh dibawah larian 10km En Ramli dalam masa lebih kurang 1 jam hanya dapat bakar 356 kkalori iaitu kurang dari tenaga yang dibekalkan oleh roti canai, kari dal dan teh tarik.
No comments:
Post a Comment