Monday, February 7, 2011

SENAMROBIK PADA AHAD 6 FEB 2011: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU



Sekali lagi KECERGAS mengucapkan tahniah pada peserta dan AJK kerana masih bersemangat waja, walaupun cuti Tahun Baru Cina. Kehadiran peserta dan AJK sangat memberangsangkan dimana seramai 77 orang hadir.

KECERGAS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semenyih kerana membenarkan pihak KECERGAS menggunakan dewan terbuka sekolah mereka.

Gambar Sebahagian Peserta Yang Bersemangat Waja
Jurulatih Baru Terpaksa Dilantik Atas Faktor Teknikal - Baju-T KECERGAS pun belum dapat
Untuk makluman, program ini sepatutnya diadakan di Padang Letak Kereta TESCO Semenyih pada setiap Ahad jam 9.00 - 10.00 pagi tetapi pihak KECERGAS telah diarahkan tukar pada pagi Sabtu. Memandangkan maklum balas dari peserta masih mahukan pada hari Ahad, atas faktor cuaca dan teknikal, kita terpaksa berpindah ketempat baru yang kita adakan senamrobik pada hari ini.

2 comments:

  1. sepatutnya bergabung dengan group baju merah, barulah 1Gagasan, 1Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Komen yang canggih.... kita dah cuba untuk bergabung dengan mereka. Mesyuarat dengan mereka diadakan pada 16 Jan 2011 jam 9.00 mlm. Mereka minta apa yang boleh diberikan pada mereka. Saya menjawab token RM200 dan baju T bermulaan untuk ahli mereka 50 helai. Mereka diam dan tidak dapat membuat keputusan. Mungkin mereka minta pandangan bos mereka yang sebenar untuk dapatkan pandangan dan kelulusan. Pada 19 Jan 2011 jam " 2.10 ptg di Bilik Mesyuarat TESCO mereka "demand RM10,000 dan dengan sombongnya mengatakan program ini nanti akan berjaya dengan sokongan mereka kerana mereka dah ada ahli ramai. Kita tak setuju dengan demand tersebut kerana atas alasan apa nak bagi pada mereka kerana mereka persatuan tak berdaftar dan tiada akaun, akan beri atas nama peribadi. Juga kita tiada peruntukan sebanyak tu untuk bagi orang, kita dah tetapkan program apa yang perlu kita buat dengan geran LPKM. Lagi pun lebih baik wang sebanyak itu diberi menafaat kepada peserta program, kerana itu fokas kita. Dibincangkan juga dimesyuarat masa senamrobik. Oleh kerana mereka dah ambil dari jam8.00 - 9.00 pagi dan pihak TESCO telah bersetuju untuk beri pada kita dari jam 9.00 -10.00pagi tetapi atas sebab wakil TESCO saja tahu alasannya, kita diarahkan tukar pada hari Sabtu. Kita terpaksa pindah tempat iaitu tempat sekarang di Sek Ren Keb Semenyih kerana ramai peserta kita berkerja swasta dan berkerja pada hari Sabtu. Untuk makluman pada 19 Jan 2011 tersebut dihadiri oleh wakil TESCO En Faudi (juga wakil mereka, En Mustakim, Puan Ismawati dan wakil KECERGAS saya dan En Ismail.

    ReplyDelete