Wednesday, March 2, 2011

JADUAL PROGRAM TERKINI - PERTANDINGAN YOU TUBE DILANJTKAN SEHINGGA 1 APRIL 2011 JAM 10.00 MALAM

PENAJA PROGRAM

 Untuk makluman, jadual program kita telah berubah sedikit dari yang dirancang. Perubahannya adalah tempat senamrobik dan majlis penutup. Kedua-dua aktiviti ini akan diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih.

Sekali lagi pihak KECERGAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama sepenuhnya.

Peserta You Tube diingatkan bahawa tarikh tutup dilanjutkan sehingga 10.00 malam pada 1 April 2011 di TESCO Semenyih. Pada siapa yang berminat boleh muat turun borang permohonan dari blog ini.

Sebagai peringatan, penaja program kita adalah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM). Objektif utama LPKM adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti KECERGAS.

No comments:

Post a Comment