Monday, March 21, 2011

SESI SENAMROBIK PADA 13 MAC 2011

Ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Sdr Ramli Bin Mat Nor kali ini adalah mengenai "melawan arus untuk sihat dan cergas." Apa yang dimaksudkan dengan lawan arus adalah lakukan aktiviti bertentangan dengan apa yang biasa kita lakukan. Antaranya letak kereta jauh, naik tangga bukan lif/elevator, tengok tv berdiri atau berlari bukan duduk, saiz pinggang naik bukan tukar seluar saiz lebih besar tetapi tukar gaya hidup, tali pinggang jangan dilonggarkan tetapi makan dikurangkan, masa makan jangan pakai pakaian "loose", makan buah dulu sebagai pengalas perut bukan pencuci mulut, jangan pi makan buffet, masak tak sedap supaya kurang makan, tukar cara masak dengan tidak menggoreng, tukar tabiat dari penonton sebagai pelakon, kurangkan garam, gula dan lemak.
Sesi senamrobik kali ini dihadiri seramai 58 orang. Musim cuti sekolah, jurulatih Pn Mazita pergi bercuti tetapi sesi senamrobik ni maseh diteruskan. Jurulatih sambilan diambil dikalangan peserta tetapi tetap meriah.

No comments:

Post a Comment