Thursday, March 24, 2011

SESI TIMBANG BADAN PADA 18 MAC 2011

Sdr Maamor menerima cek saguhati
Seramai 38 peserta hadir disesi kali ini. Seramai tiga orang lagi peserta telah berjaya menurun berat badan mereka 5kg atau lebih. Mereka yang baru berjaya ini akan menerima hadiah RM50.00 tunai seorang. Hadiah ini akan diberikan pada sesi senamrobik yang akan datang iaitu pada 20 Mac 2011.



Buku Makan Untuk Hidup juga akan diberikan percuma kepada semua peserta program. Yang telah menerimanya harap baca, sila ikut dan jika ada apa apa nak komen sila maklum pada pengarang Sdr Ramli melalui blog ini atau http://www.ramlimatnor.blogspot.com/.

Semua peserta harapnya dah tahu tetapi sebagai peringatan, majlis penutup kita akan adakan pada 10 April 2011 di dewan terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih jam 9.00 pagi. Harap semua dapat hadir untuk memeriahkan upacara ini.

Disesi ini juga cek saguhati diserahkan kepada sukatelawan yang setia bersama KECERGAS dalam menjayakan program ini.
Peserta setia menerima buku dan baju T
Salah seorang peserta menerima buku MUH
Sdr Amir menerima cek saguhati

No comments:

Post a Comment