|
Sebahagian AJK Bertugas Pada Sesi Timbang Berat Badan |
Sesi timbang berat badan pada 4 Mac 2011 telah dihadiri oleh 61 peserta. Seramai 10 peserta setakat ini telah berjaya menurunkan berat badan mereka lebih dari 5 kg. Senarai mereka yang berjaya adalah 1. Mejar Rosli Ahmad 2. Sdr Ismail Yunan 3. Sdr Mustaffa Zul Zubir 4. Khairuddin Said 5. Sdr Khairul Anwar 6. Sdr Ramle Wan Chek 7. Sdr Juliana Mohamed 8. Sdr Jarinah Abu Bakar 9. Sdr Nurulfarah Salleh Kamil 10. Sdr Zainani Abd Hamid.
Semua mereka ini akan menerima RM50.00 seorang kecuali Mejar Rosli (kerana telah menerimanya) pada sesi senamrobik akan datang iaitu pada 6 Mac 2011 di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih. Setiap peserta yang turun 5 kg atau lebih akan menerima RM10.00 setiap kg turun. Baki selepas bayaran RM50.00 akan dibayar pada majlis penutup secara rasmi iaitu pada 10 April 2011 nanti. Yang belum berjaya.. berusaha lebih untuk kurus. Tarikh tutup adalah 1 April 2011 untuk peserta umum dan peserta khas adalah pada 10 April 2011. Di program ini siapa kurus kita bayar... tempat lain, belum kurus pun dah kena bayar..... Ini lah sikap prihatin Kerajaan Malaysia dibawah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang mahukan rakyat Malaysia sihat dan sejahtera.
|
Turun? Naik? Atau Sama aje? |
|
Peserta Semak Senarai Nama Sebelum Timbang |
|
Ada Kemajuan Ke? |
No comments:
Post a Comment