Monday, February 21, 2011

SESI SENAMROBIK 20 FEBUARI 2011 - PROGRAM MAKAN BILA PERLU SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Jurulatih Senamrobik Baru Pn Mazita


Sesi senamrobik kali ini telah dihadiri seramai  94 orang. Tetamu istemewa kita dan juga peserta adalah En Mohd Yusof bin Lasim (Pengerusi PIBG)  hadir pada sesi ini.  Guru Besar dan Isteri juga hadir. Penolong Kanan En Mohd Yusuf Bin Hj Putih juga merupakan peserta baru daftar juga hadir. Diatas permintaan beliau kita buka pendaftaran tetapi rugi sikit kerana peserta lain ada yang mula sejak 23 Jan 2011 lagi. Tetapi jika ada keinginan yang tinggi maseh boleh berjaya mengatasi peserta lain. Setakat ini hanya seorang peserta saja yang turun 5 kg..... yang lain dok turun naik takok lama, ada dua tiga orang paling tinggi turun 3 kg.

Pada sesi 6 Mac 2011 nanti, sesi soal jawab dengan Dr Idayu Maarof akan diadakan pada jam 10.00 pagi. Para peserta dan para hadirin yang lain boleh bertanya segala isu kesihatan dengan Dr Idayu.

Ikon KECERGAS En Abu Samah (Pak Chad) berucap tentang cara untuk menjaga kesihatan dihari tua. Menurut beliau yang paling penting adalah menjaga makan dan senaman selalu... beliau berkata tajuk program kita amat bertepatan sekali dengan gaya hidup beliau.

Pengerusi PIBG Berseluar Panjang Putih Barisan Kedua
Cerita menarik untuk di kongsi menurut Pengerusi KECERGAS En Ramli Bin Mat Nor adalah, beberapa kali bertegur sapa dengan orang yang agak sikit lebih tua semasa joging, beliau bertanya berapa umur, Pengerusi menjawab "56+." Beliau berkata: "boleh le you lari you muda dan umur saya dah berumur 60 tahun". Situasi begini kerap kali terjumpa dengan alasan orang tua mesti sakit tak kuat sana tak kuat sini. Pada satu hari Pengerusi menjawab: "ok le Abang lebih tua sikit pada saya, tetapi semasa Abang setua saya 56+ boleh ke berlari macam saya".. Selepas jawapan ini, Abang ni terus tak tegur Pengerusi sampai sekarang. Cerita ini bukan nak tujuk hebat, tetapi sebagai iktibar alasan tidak mahu senaman dan sudah tua. Yang penting berusaha untuk cergas.. macam Ikon KECERGAS En Abu Samah, walaupun 62 tahun maseh cergas. Beliau Insha'Allah tak mahu mati sebelum mati.

Kita mesti ingat, semua ubatan (drug) ada kesan sampingan. Kesan sampingan yang paling ketara oleh mereka makan pil tahan darah tinggi adalah lengah lutut.. oleh itu cari maklumat tentang kesan sampingan setiap ubat  yang diambil.

Guru Besar Berbaju-T Biru dan Seluar Hitam
Disamping itu Pengerusi KECERGAS mengumumkan, mulai minggu hadapan "pisang" akan ditukar kepada "kurma". Beliau juga memberi penerangan kandongan kurma dan mengingatkan semua peserta membaca label pada kotak atau bungkusan sebelum membeli satu satu barang bagi mempastikan kita beli barangan yang sihat terutamanya bagi peserta yang nak kurus.. baca jumlah kalorinya, kandongan lemak, gula dan sebagainya.

Sunday, February 20, 2011

SESI TIMBANG BERAT BADAN PADA 18 FEB 2011: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Salah Seorang Peserta Khas Wanita Timbang Berat
Salah seorang Peserta Khas Lelaki Timbang Berat

AJK Dan Juga Peserta, Tahniah Tak Jemu Datang Timbang

Semak Nama -Tunggu Giliran Untuk Timbang
Sesi timbang berat badan pada Jumaat 18 Febuari 2011 telah dihadiri  oleh 74 peserta.

Kehadiran AJK KECERGAS kali ini amat memberangsangkan seramai 14 orang. Terima kasih pada semua yang memberi kerjasama dan memeriahkan majlis sesi timbang berat badan di TESCO Semenyih pada setiap Jumaat malam antara jam 8.00 - 10.00 malam.

Yang penting program ini adalah ianya dapat memberikan kesedaran pada orang awam tentang betapa pentingnya menjaga berat badan supaya unggul untuk cergas dan mengelakkan pelbagai penyakit kronik. Dimana saja mereka berada terutamanya ketika makan dikalangan ahli KECERGAS, mereka tentu menyebut pasal nak turun berat badan, menyebut pasal kurang minyak, menyebut pasal kurang gula.  Mereka kutuk kawan kawan yang tak turun walaupun sekilo jika ada antara mereka turun 1 kg pada minggu tersebut. Yang turun sangat gembira dan berbangga sekali walaupun dapat turun walaupun 1 kg.

Mereka juga dah mula makan tosay atau capati sebagai gantian roti canai atau roti telur.

Sungguhpun cuma seorang saja yang dapat menurunkan berat badan sebanyak 5 kg tetapi sejak program ini dilancarkan (semasa pertandingan bermula) pada 23 Januari 2011 lepas, ramai yang dah mula turun 2 atau 3 kg. Yang penting kesedaran tentang betapa pentingnya berat badan unggul yang telah dibangkitkan dalam program ini.

Ini AJK KECERGAS dan Bendahari Sedang Menyemak Nama - Mereka Berdua Juga Peserta
Ingin diingatkan, pertandingan turun berat badan untuk peserta umum akan tutup pada 1 April 2011 dan 20 peserta yang dipilih khas sahaja tutup pada hari penutup secara rasmi pada 10 April 2011.



Monday, February 14, 2011

SESI SENAMROBIK PADA 13 FEB 2011 - PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Pengerusi KECERGAS menyampaikan hadiah wang tunai RM50 kepada Major Rosli
Tahniah Major Rosli Ahmad telah berjaya mendapat hadiah mingguan berupa wang tunai bernilai RM50 kerana dapat menurunkan berat badan sebanyak 5 kg bermula dari 23 Jan 2011 hingga timbang yang lepas pada 11 Feb 2011. Berat badan beliau turun dari 82 kg ke 77 kg. Tahniah Tuan. Tuan merupakan peserta pertama yang berjaya.

                                         Harap ianya dapat memberi motivasi kepada peserta yang lain, Major Rosli boleh, anda semua juga boleh.

Sesi senamrobik pada 13 Febuari 2011 yang lepas telah menarik seramai 76 peserta. Seperi biasa selepas senamrobik jam 10.00 pagi, sesi ceramah tentang kesihatan akan disampaikan oleh En Ramli Bin Mat Nor, Pengarang Buku Makan Untuk Hidup, dan juga merupakan Pengerusi KECERGAS. Apa yang disarankan oleh En Ramli adalah tentang cara untuk menurunkan berat badan dengan cara kawalan makan/minum dan senaman berasaskan pengalaman beliau lalui untuk menurunkan berat badan lebih 23 tahun yang lepas. Beliau berjaya turun dari lebih 90kg ke 55 kg ketahap sekarang dengan BMI = 21.5 dan berjaya mengekalkannya.


Berbaju Hitam Adalah Guru Besar Sek Ren Keb. Semenyih Bersama Kita Bersenamrobik

Apa yang ditekankan oleh penceramah En Ramli, makanan seimbang dengan mengurangkan minyak, gula dan garam adalah penting penting untuk turunkan berat badan dengan mempastikan apa yang kita makan mesti kurang dari keperluan harian kita. Contohnya, kita perlu antara 1,800 - 2,000 kkalori sehari, kita perlu makan hanya 800 kkalori sehari untuk turun berat badan dengan pengurangan 1,000 - 1,200 kkalori sehari. Senaman dapat membantu kita membakar lebih kalori tetapi ianya dapat membakar sedikit kalori saja. Sebagai contoh, senamrobik yang kita buat 1 jam ini dapat membakar lebih kurang 200 kkalori. Satu keping roti canai 100gm bersama dal dan teh tarik memberikan lebih kurang 650 kkalori. Oleh itu, jika kita tukar  roti canai dengan  kita makan oat dengan susu dan air suam (370 kkalori), kita jimat 280 kkalori.

Contoh dibawah larian 10km En Ramli dalam masa lebih kurang 1 jam hanya dapat bakar 356 kkalori iaitu kurang dari tenaga yang dibekalkan oleh roti canai, kari dal dan teh tarik.

Sunday, February 13, 2011

SESI TIMBANG BERAT BADAN PADA 11 FEB 2011: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Peserta ni nampak kecewa, mungkin berat tak turun tetapi bertambah naik??
 Alhamdulillah seramai 59 peserta datang untuk timbang pada sesi kali ini walaupun kita jangka sekurang kurangnya 90 orang (lebih kurang separuh dari peserta yang mendaftar). Sebabnya mungkin mereka timbang kat rumah dan  tidak turun lalu malas nak timbang secara rasmi. Analisa kita memang begitu, ramai yang tak turun dan ramai juga tambah naik satu kilogram. Analisa data lanjut akan dibuat setelah genap sebulan iaitu pada 25 Febuari 2011 nanti.
Perlu kawal kalori diambil... pastikan kebulur 1,000 kkalori

                                                       Seorang peserta iaitu Mejar Rosli Ahmad telah berjaya turun 5 kg dan beliau berjaya dapat RM50.00. Hadiah ini akan diberikan pada sesi senamrobik pada Ahad ni 13 Feb 2011 antara jam 9.00 - 10.00 pagi di Sek Ren Keb Semenyih. Tahniah Mejar Rosli kerana berjaya turun berat badan sebanyak 5kg dan beliau merupakan peserta yang pertama berjaya... Syabas... Peserta lain sila cuba... selamat mencuba dan berjaya.
Selamat Mencuba... kawal pengambilan lemak/minyak dan gula

Monday, February 7, 2011

SENAMROBIK PADA AHAD 6 FEB 2011: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU



Sekali lagi KECERGAS mengucapkan tahniah pada peserta dan AJK kerana masih bersemangat waja, walaupun cuti Tahun Baru Cina. Kehadiran peserta dan AJK sangat memberangsangkan dimana seramai 77 orang hadir.

KECERGAS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semenyih kerana membenarkan pihak KECERGAS menggunakan dewan terbuka sekolah mereka.

Gambar Sebahagian Peserta Yang Bersemangat Waja
Jurulatih Baru Terpaksa Dilantik Atas Faktor Teknikal - Baju-T KECERGAS pun belum dapat
Untuk makluman, program ini sepatutnya diadakan di Padang Letak Kereta TESCO Semenyih pada setiap Ahad jam 9.00 - 10.00 pagi tetapi pihak KECERGAS telah diarahkan tukar pada pagi Sabtu. Memandangkan maklum balas dari peserta masih mahukan pada hari Ahad, atas faktor cuaca dan teknikal, kita terpaksa berpindah ketempat baru yang kita adakan senamrobik pada hari ini.

TIMBANG BERAT BADAN PADA 4 FEBUARI 2011 DARI JAM 8.00 MALAM - 10.00 MALAM

Tiga Peserta Semak Nama Sebelum Timbang
 Walaupun cuti Tahun Baru Cina pada 4 Feb 2011, seramai 56 peserta telah datang untuk timbang berat badan antara jam 8.00 malam - 10.00 malam di Ruang Lega TESCO Semenyih berhampiran KFC.

Terima kasih banyak banyak pada AJK yang sudi bertugas walaupun musim cuti terdiri dari En Abu Samah (Pemegang Rekod Malaysia Mengayuh Basikal Solo Seluruh Semenanjung Malaysia), En Abd Rahim, En Ismail, En Saravanan dan En Ramli (Pengerusi KECERGAS yang sedang ambil gambar ini)
Peserta Khas En Ramle Sedang Di Timbang

Sunday, February 6, 2011

HARI BERSEJARAH BAGI KECERGAS PADA AHAD 23 JANUARI 2011

BANNER PERASMIAN PROGRAM

KECERGAS
Perancangan untuk mengadakan program KECERGAS dibawah tajaan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia bermula sejak awal Ogos 2010 lagi dengan cadangan program untuk diadakan pada musim raya tahun 2010 bertajuk DI MUSIM RAYA, BERHATI HATI DI JALAN RAYA DAN JUGA DIJAMUAN RAYA. Tajuk asal ini dipilih kerana didapati ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Islam, selepas sebulan berpuasa belasah cukup cukup dimusim raya kerana banyak rumah terbuka hingga tak cukup bulan syawal. Akibatnya ramai antara kita masuk hospital akibat darah tinggi dan kencing manis. Dan ada juga orang kenamaan yang kita baca diakbar mati akibat serangan jantung dimusim raya.
Sebahagian AJK KECERGAS Bergambar Depan Banner Selepas DiGantung
Oleh kerana cadangan program diluluskan selepas musim raya, tajuk program ditukar ke tajuk sekarang iaitu PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU.


Sebahagian AJK KECERGAS Bergambar Bersama Y Bhg Dato Hj Markiman Selepas Upacara Perasmian

Mesyuarat Pembentukan J/Kuasa Kerja Pertama Pada 10/12/2010

Perancangan berbulan-bulan berjaya dilancarkan alhamdulillah pada 23 Januari 2011 yang lepas. Secara rasminya program bermula pada 10 Disember 2010 dengan Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Kerja.

Saturday, February 5, 2011

SENAMROBIK: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Program Senamrobik pada 30 Januari 2011 di TESCO Semenyih dari jam 9.00pg - 10.00pg telah dapat menarik seramai 176 peserta. Oleh kerana cuaca hujan program terpaksa dipindahkan kedalam tempat letak kereta berbumbung. Ini telah menimbulkan masalah kelancaran operasi TESCO. Pihak TESCO telah tidak membenarkan senamrobik diteruskan dan meminta KECERGAS menukar hari senamrobik pada setiap pagi Sabtu.

Atas permintaan peserta kerana ramai yang berkerja pada hari Sabtu, program senamrobik terpaksa diteruskan juga pada setiap pagi Ahad. Oleh sebab faktor ini, cuaca dan masalah teknikal acara senamrobik setiap ahad jam 9.00 pg - 10.00 pg terpaksa dipindahkan ke Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Semenyih (Berdepan Balai Polis Semenyih dan Sebelah Masjid Semenyih).

Terima kasih pada semua peserta yang telah memberikan sokongan padu pada program ini. Syabas.

Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Sean Lee Sun Lerk dari Unit Naziran LPKM kerana sudi hadir keprogram kami. Kong Xi Fa Cai khas untuk En Sean dan Peserta serta semua warga Malaysia.



Peserta Yang Menghadiri Program Senamrobik Pada Ahad 30 Jan 2011

Jurulatih Senamrobik: Puan Ismawati

TIMBANG BERAT BADAN: PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Banner Program Di Setesen Timbang Pada 28 Januari 2011
Walaupun seramai 200 orang yang berdaftar dan telah dikenal pasti sebelum ini  tetapi ada yang tidak hadir untuk sesi timbang berat badan. Sungguh pun demikian Penyertaan Turun Berat Badan tetap mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pendaftaran kali kedua yang di adakan di Ruang Legar TESCO Semenyih pada 28 Januari 2011 antara jam 5.00ptg - 10.00 malam telah menarik seramai 80 orang peserta baru menjadikan peserta keseluruhan program ini 156 orang. Maseh ada peserta yang berminat untuk meyertainya hingga ke hari ini 6 Febuari 2011 walaupun mereka tahu mereka sudah ketinggalan 2 minggu.

Borang penyertaan program TouTube telah diambil oleh lebih dari 100 peserta tetapi belum dapat dipastikan berapa ramai yang akan menyertainya sebelum tarikh tutup pada 27 March 2011.

Syabas untuk semua peserta dan Selamat Berjaya.
Peserta Pertandingan Sedang Berdaftar Di TESCO Semenyih Pada 28 Jan 2011

Peserta Pertandingan Sedang Berdaftar Di TESCO Semenyih Pada 28 Jan 2011

PELANCARAN PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

Tetamu Jemputan Dari Kiri: Dr Idayu, En Fawdy, Tn Hj Mohd Zain,
YBhg. Dato Hj Markiman (Perasmi), Pn Arfah (LPKM) dan En Ramli

    
Pn Arfah Mahani Pengurus Perancangan Dan Penilaian Program LPKM

Y Bhg Dato' Hj Markiman Memberi Ucapan Perasmian






Tetamu Yang hadir hampir 300 orang

Pemeriksaan Kesihatan Pada Pagi Pelancaran Oleh Klinik Kesihatan Beranang

Ceramah Ikon Istemewa KECERGAS, En Abu Samah & En Ramli

Pendaftaran Program Turun Berat Badan - Seramai 76 Peserta Mendaftar 

Pada Pagi 23/01/2011

Penceramah En Ramli (Pengerusi KECERGAS)

Penceramah Dr Idayu dari Kinik An-Nisa' Saujana Impian

Peserta Bersenamrobik Pada Pagi Pelancaran
Program ini dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) mengandongi  3 pertandingan iaitu
   1. Pertandingan Turun Berat Badan Untuk Peserta Khas - Tarikh tutup 10/4/2011
   2. Pertandingan Turun Berat Badan Untuk Pserta Umum - Tarikh tutup 01/4/2011
   3. Pertandingan YouTube - Tarikh tutup 27/3/2011

 Perasmian program telah di sempurnakan oleh Y Bhg Dato' Haji Markiman Kobiran, Setiausaha Politik Kepada Menteri Dalam Negeri pada 23 Januari 2011 di Dewan Sekolah Menengah Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih. Pihak KECERGAS amat berbesar hati diatas kehadiran Puan Arfah Mahani Binti Hj Amran, Pengurus Perancangan dan Penilaian Program LPKM.

Terima kasih pada semua yang hadir dan membantu dalam menjayakan program ini.