Tuesday, March 29, 2011

SENAMROBIK PADA 27 MAC 2011

Seramai 64 peserta hadir pada sesi kali ini. Seorang peserta khas menerima hadiah wang tunai RM50 dari Prof Dr Rahmah Mohamed. Sebagai peringatan.......Program mendaki Gunung Tok Wan akan diadakan pada 2 April 2011 jam 7.00 pagi. Berkumpul dipapan tanda ini pada jam 6.45pagi. Tepat jam 7.00 pagi pendakian akan dimulakan.

Jangan Keliru - Banner Program hari sebelumnya tidak diturunkan
Sebagai peringatan semua di jemput hadir majlis penutup akan diakan pada 10 April 2011 (Ahad) di dewan ini jam 9.00 pagi.







Peserta Khas Menerima Wang Tunai Rm50 dari Prof Dr Rahmah



 Tajuk Ceramah oleh Sdr Ramli adalah ulasan buku ini
Tempat Berkumpul: Depan Papan Tanda Ini Jam 6.45 pagi

TIMABANG BERAT BADAN PADA 25 MAC 2010


Sdr Tamrin Menerima Cek Saguhati


Peserta Bergambar Dengan seorang AJK Semasa Timbang
Seramai 47 peserta telah hadir untuk timbang berat badan kali ini. Seorang peserta khas menang kali ini, telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kg. Tahniah pada Sdr Siti Rafizah.

Pertandingan sengit dalam kategori umum. Setakat ini seramai 12 orang telah berjaya turun 5 kg dan lebih dalam kategori ini. Berat badan yang turun tertinggi adalah 10 kg. Timbangan terakhir bagi kategoti ini adalah pada 1 April 2011.

Setakat ini bagi peserta khas hanya 2 orang berjaya turun 5 kg atau lebih.

Monday, March 28, 2011

SESI SENAMROBIK 20 MAC 2011

Jurulatih Pn Mazita (paling depan) bersama peserta senamrobik
Seramai 45 telah hadir kesenamrobik kali ini. Ini le peserta peserta yang setia dengan program ini. Tak kira hujan atau panas, musim cuti, musim kenduri atau tidak...mereka tetap bersama.. syabas.
Pemenang RM50
Seramai 13 peserta setakat ini telah mendapat RM50 dan baki wang hadiah akan diberi pada pada 10 April 2011 jam 9.00 pagi iaitu pada acara penutupan rasmi. Tahniah.... Tiga pemenang kali ini mendapat wang tunai yang disampaikan oleh Jurulatih Senamrobik kita Pn Mazita Mohammad.


Pemenang RM50

Pemenang RM50


Thursday, March 24, 2011

SESI TIMBANG BADAN PADA 18 MAC 2011

Sdr Maamor menerima cek saguhati
Seramai 38 peserta hadir disesi kali ini. Seramai tiga orang lagi peserta telah berjaya menurun berat badan mereka 5kg atau lebih. Mereka yang baru berjaya ini akan menerima hadiah RM50.00 tunai seorang. Hadiah ini akan diberikan pada sesi senamrobik yang akan datang iaitu pada 20 Mac 2011.



Buku Makan Untuk Hidup juga akan diberikan percuma kepada semua peserta program. Yang telah menerimanya harap baca, sila ikut dan jika ada apa apa nak komen sila maklum pada pengarang Sdr Ramli melalui blog ini atau http://www.ramlimatnor.blogspot.com/.

Semua peserta harapnya dah tahu tetapi sebagai peringatan, majlis penutup kita akan adakan pada 10 April 2011 di dewan terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih jam 9.00 pagi. Harap semua dapat hadir untuk memeriahkan upacara ini.

Disesi ini juga cek saguhati diserahkan kepada sukatelawan yang setia bersama KECERGAS dalam menjayakan program ini.
Peserta setia menerima buku dan baju T
Salah seorang peserta menerima buku MUH
Sdr Amir menerima cek saguhati

Monday, March 21, 2011

SESI SENAMROBIK PADA 13 MAC 2011

Ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Sdr Ramli Bin Mat Nor kali ini adalah mengenai "melawan arus untuk sihat dan cergas." Apa yang dimaksudkan dengan lawan arus adalah lakukan aktiviti bertentangan dengan apa yang biasa kita lakukan. Antaranya letak kereta jauh, naik tangga bukan lif/elevator, tengok tv berdiri atau berlari bukan duduk, saiz pinggang naik bukan tukar seluar saiz lebih besar tetapi tukar gaya hidup, tali pinggang jangan dilonggarkan tetapi makan dikurangkan, masa makan jangan pakai pakaian "loose", makan buah dulu sebagai pengalas perut bukan pencuci mulut, jangan pi makan buffet, masak tak sedap supaya kurang makan, tukar cara masak dengan tidak menggoreng, tukar tabiat dari penonton sebagai pelakon, kurangkan garam, gula dan lemak.
Sesi senamrobik kali ini dihadiri seramai 58 orang. Musim cuti sekolah, jurulatih Pn Mazita pergi bercuti tetapi sesi senamrobik ni maseh diteruskan. Jurulatih sambilan diambil dikalangan peserta tetapi tetap meriah.

Monday, March 14, 2011

SESI TIMBANG BERAT BADAN 11 MAC 2011

En Ang Menerima Hadiah Buku Dari Sdr Ramli
Ok ke? Turun?
Turun atau Naik?
Sdr Hamdan Menerina Hadiah Buku Dari Sdr Ramli
Semak Nama Sebelum Timbang, Sdr Ramli T/tangan Buku Untuk Peserta
Sesi kali ini seramai  61 peserta telah hadir untuk timbang berat badan mereka. Di sesi ini juga Pengerusi KECERGAS, Sdr Ramli Bin Mat Nor, telah menandatangani dan menghadiahkan buku "Makan Untuk Hidup" karangan beliau untuk para peserta yang hadir untuk timbang. Harap semua peserta dapat membacanya dan mengikuti petua untuk turun berat badan dan cergas, Insha' Allah.

SESI SENAMROBIK PADA 6 MAC 2011

Semua Peserta Yang Berjaya Menurunkan 5 kg atau lebih bergambar bersama Dr Idayu dan Pengerusi KECERGAS                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
En Ismail Yunan Berjaya Turun 6 kg - Dapat RM50 tunai dari Dr Idayu
Seramai  59 orang peserta telah menghadiri sesi senamrobik kali ni. Selepas senamrobik, sesi soal jawab kesihatan  bersama Dr Idayu telah diadakan.Tidak banyak soalan terbuka ditanya tetapi soalan ditanya secara persendirian agak menggalakkan.




Jurulatih Pn Mazita 3 dari Kiri


Peserta Mengelilingi Dr Idayu Di Sesi Soal Jawab

Dr Idayu Dalam Sesi Soal Jawab

Monday, March 7, 2011

SESI TIMBANG BERAT BADAN PADA 4 MAC 2011

Sebahagian AJK Bertugas Pada Sesi Timbang Berat Badan
Sesi timbang berat badan pada 4 Mac 2011 telah dihadiri oleh 61 peserta. Seramai 10 peserta setakat ini telah berjaya menurunkan berat badan mereka lebih dari 5 kg. Senarai mereka yang berjaya adalah 1. Mejar Rosli Ahmad 2. Sdr Ismail Yunan 3. Sdr Mustaffa Zul Zubir 4. Khairuddin Said    5. Sdr Khairul Anwar        6. Sdr Ramle Wan Chek      7. Sdr Juliana Mohamed 8. Sdr Jarinah Abu Bakar 9. Sdr Nurulfarah Salleh Kamil 10. Sdr Zainani Abd Hamid.

Semua mereka ini akan menerima RM50.00 seorang kecuali Mejar Rosli (kerana telah menerimanya) pada sesi senamrobik akan datang iaitu pada 6 Mac 2011 di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih. Setiap peserta yang turun 5 kg atau lebih akan menerima RM10.00 setiap kg turun. Baki selepas bayaran RM50.00 akan dibayar pada majlis penutup secara rasmi iaitu pada 10 April 2011 nanti. Yang belum berjaya.. berusaha lebih untuk kurus. Tarikh tutup adalah 1 April 2011 untuk peserta umum dan peserta khas adalah pada 10 April 2011. Di program ini siapa kurus kita bayar... tempat lain, belum kurus pun dah kena bayar..... Ini lah sikap prihatin Kerajaan Malaysia dibawah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang mahukan rakyat Malaysia sihat dan sejahtera.
Turun? Naik? Atau Sama aje?

Peserta Semak Senarai Nama Sebelum Timbang

Ada Kemajuan Ke?

Wednesday, March 2, 2011

JADUAL PROGRAM TERKINI - PERTANDINGAN YOU TUBE DILANJTKAN SEHINGGA 1 APRIL 2011 JAM 10.00 MALAM

PENAJA PROGRAM

 Untuk makluman, jadual program kita telah berubah sedikit dari yang dirancang. Perubahannya adalah tempat senamrobik dan majlis penutup. Kedua-dua aktiviti ini akan diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih.

Sekali lagi pihak KECERGAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama sepenuhnya.

Peserta You Tube diingatkan bahawa tarikh tutup dilanjutkan sehingga 10.00 malam pada 1 April 2011 di TESCO Semenyih. Pada siapa yang berminat boleh muat turun borang permohonan dari blog ini.

Sebagai peringatan, penaja program kita adalah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM). Objektif utama LPKM adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti KECERGAS.

SESI SENAMROBIK 27 FEBUARI 2011

Jurulatih Senamrobik Puan Mazita Mohammad
Sesi senamrobik kali ini telah dihadiri seramai 82 orang. Kali ini kerana pihak sekolah ada program pengakap dan telah menggunakan kedua-dua dewan. Senamrobik telah dipindahkan dipadang letak kereta sekolah. Sungguhpun panas sikit, semua peserta nampaknya lebih bersemangat dibawah sinaran matahari.







Peserta-Peserta Bersemangat Bersenamrobik

Hebahan dibuat selepas senamrobik, sesi minggu depan (6 Mac 2011), ceramah kesihatan ditukar ke sesi soal jawab dengan Dr Idayu Maarof. Harap semua peserta bersedia dengan soalan yang canggih camno nak kurus dan jaga kesihatan tanpa pil.. terutamanya kaum wanita.....

Tuesday, March 1, 2011

SESI TIMBANG BERAT BADAN PADA 25 FEB 2011

Semak Nama Sebelum Timbang
Pada sesi ini seramai 62 orang datang timbang. Setakat ini yang telah berjaya turun 5 kg dan lebih adalah Mejar Rosli, Sdr Khairul Anwar dan Sdr Mustafa Zul. Nampaknya tiada dari kaum wanita.... bertambah betul cerita yang saya maklumkan semasa ceramah saya pada 23 Jan 2011 lalu... mengikut kajian semasa hantar flyer ramai wanita kata.... "suami mereka suka mereka tembam,, berisi,,, ". Saya nak jawab lagi sekali macam saya dah jawab... jangan terkebil nanti bila suami terjumpa yang macam "kerengga". Jangan marah cuma bergurau.

Setakat ini tiada seorang pun peserta khas yang berjaya turun 5kg atau lebih. Kehadiran untuk timbang dari golongan peserta khas adalah 4 orang. Jangan putus semangat ... anda pasti boleh turun sekurang-kurangnya 5 kg.

Bertambah Naik Ke? Turun
Ramai mungkin bila dah tak turun, malas nak datang timbang. Ada yang bertambah naik sejak program ini bermula. Walaubagaimanapun berikut adalah bilangan yang dah turun:-
      Turun 1 kg - 21peserta
      Turun 2 kg -   5 peserta
      Turun 3 kg -   6 peserta
      Turun 4 kg -   7 peserta
      Turun 5 kg -   1 peseta
      Turun 6 kg -   2 peserta


     


AJK Beraksi Dengan Baju KECERGAS tajaan LPKM