Thursday, April 28, 2011

GAMBAR SEMUA PEMENANG PENUTUP PROGRAM........ 10 APRIL 2011

Peserta Khas Tempat 1 dan 2
Pemenang Tempat 1
Pemenang Tempat 3
Pemenang Tempat 2








Satu-satunya Peserta Kaum Cina

GAMBAR-GAMBAR PESERTA YANG BERJAYA TURUN BERAT BADAN. PEMENANG 1 DAPAT TURUN 10Kg SEPANJANG PROGRAM, KEDUA DAN KETIGA DAPAT TURUN 9 Kg...... masih boleh turun jika berusaha sehingga BMI unggul......... Tak payah nak cerita BMI kat budak sekolah atau anak kita, jika kita sendiri BMI kategori hancur....

Monday, April 25, 2011

LAWATAN KE TAPAK FLY OVER LEKAS YANG TERGANTUNG

Salam 1 Malaysia,



Empat ahli ekspidisi KECERGAS telah sampai ke Flyover tergantung dalam misi "kesihatan sambil cari". pada Ahad 24 April 2011 jam 11.00 pagi. Siapa nak pi ketempat ini boleh lalui tepi tebing Sungai Semenyih berkereta atau bermotor sejauh 3 km dan lepas tu boleh jalan kaki sejauh 1 km atau terus dengan motorsikal dengan ikut trek yang ada yang menghala ke LEKAS. Sesiapa nak kesana boleh ikut link ini:
Perjalanan Dari Warong Sebelah Petronas ke Tapak Flyover LEKAS by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Friday, April 22, 2011

PROGRAM SAMPINGAN - KHIDMAT MASYARAKAT SEBAGAI NGO

Salam Sejahtera,


Pada semua ahli KECERGAS diminta berkerja sama hantar surat protes kepada kerajaan negeri dan MPKj agar dapat menyelesaikan masalah kesesakan Jalan Semenyih dari Bandar Kesuma, ke Bandar Rinching, ke Bandar Semenyih dan ke Simpang Bandar Sunway Semenyih. Sepatutnya saya difahamkan pemaju Bandar Kesuma perlu membuat sambongan dari Bandar Kesuma ke Lebuhraya LEKAS..... Di Lebuhraya LEKAS dah disediakan flyover tetapi tiada pemaju yang menyambongnya,,,,, nak suruh pemaju Bandar Rinching.. dah kemana perginya. Projek dah habis... pemaju tak akan buat.... Pemaju yang projek nya sedang berjalan sepatutnya buat sambongan ini dan pemaju baru juga perlu disyaratkan beri sumbangan pembinaannya untuk elak kesesakan Jalan Semenyih yang sedia ada.

Selamat protes... disertakan peta berkenaan untu rujukan... semoga berjaya.

PENUTUP PROGRAM 10 APRIL 2011 OLEH YB DATUK HJ JOHAN ABD AZIZ

Program MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU, di tutup dengan rasminya oleh YB Datuk Haji Johan Abd Aziz pada 10 April 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Semenyih. Seramai hampir 100 orang telah menghadiri upacara ini.

YB Datuk Hj Johan Berucap Di Upacara Penutup
Selain dari YB Datuk Johan, tetamu VIP kita yang lain adalah Cik Gu Mohamed Yusof (Penolong Kanan), Pengetua PIBG En Yusof, pemegang rokod Malaysia penunggang basikal solo En Abu Samah, rakan rakan beliau yang berjaya menunggang basikal jelajah Malaysia berdua ialah En Ramli danTn Haji Karim. Ketiga tiga penunggang basikal tersohor ini ingin buktikan pada semua yang lanjut umur atau muda... dengan mengamalkan makan minum bila perlu dan senaman selalu tiada alasan untuk tidak sihat sepanjang hayat. Mereka boleh, tentu kita yang muda muda ini lagi boleh. Tiada alasan sakit sana sakit sini.... jangan mati sebelum mati.

Para VIP dok tengok Pengerusi KECERGAS berucap
Menteri Kesihatan kita dok sibok kebelakangan ini pasal budak sekolah dah ramai dah lebih berat badan dari unggul, lebih BMI dari sekala unggul. Oleh itu jaga diri kita jaga anak kita jaga keluarga kita agar mengamal gaya hidup sihat dengan sasaran BMI normal.


Cik Gu Yusof menerima cenderahati

YB senaman bersama

Pos istemewa depan sepanduk penutup


Para peserta yang hadir syo' dok dengar apa?

Pengerusi KECERGAS berucap di Majlis Penutup

Sambongan program ini dijangka akan diadakan pada awal bulan Jun nanti. Diucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menjayakan program ini terutama pada LPKM yang membiayai program ini, para AJK KECERGAS, peserta-peserta dan istimewa buat YB Datuk Hj Johan dan YBhg Datuk Hj Markiman Kobiran.  Jumpa lagi.... Assallamu'alaikum wrbt.

Sunday, April 3, 2011

SENAMROBIK 3 APRIL 2011

Seramai 45 peserta hadir senamrobik kali ni..... Nampaknya hero kita Sdr Raduan Haron.. tak nampak dipentas hari ini...... agaknya masih keletihan mendaki Bukit Broga semalam (Sabtu)... dan ada yang lain tetap bersama kita setiap minggu juga tak dapat hadir... Syabas semua. Pengalaman mendaki... banyak otot-otot yang jarang dipakai telah dipakai... itu le salah satu fungsi senamrobik dan regangan untuk guna semua otot-otot yang ada seberapa kerap yang boleh untuk kecergasan.

Kelas senamrobik... akan diteruskan walaupun selepas 10 April 2011.... Permohonan geran kepada LPKM sedang diuruskan. Program fasa 2  Insha'Allah akan bermula pada awal bulan Jun 2011 nanti... teruskan kawal berat badan kerana hadiah lumayan menanti anda semua.

Tempat Sdr Raduan diganti oleh Sdr Ramli

Sdr Sulaiman mecerahkan cek saguhati pada jurulatih Sdr Mazita

Sdr Maamor Antara yang masih cergas selepas mendaki Gunung Tok Wan semalam

PROGRAM MENDAKI BUKIT BROGA DAN GUNUNG TOK WAN PADA 2 APRL 2011

Cabaran: Ketinggian Bukit Broga (400m)  Dan Gunung Tok Wan (675m)

Tahniah.. Berjaya






 
Tahniah.. Berjaya
Tahniah.. Berjaya
Program tambahan siri "PROGRAM MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU' adalah mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan telah diadakan pada 2 April 2011. Diantara peserta program yang berjaya menawan Gunung Tok Wan adalah seperti gambar disebelah kiri.

TIMBANG BERAT BADAN 1 APRIL 2011

Program "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu dan Banyak Penyakit Berlalu" hampir sampai ke penghujungnya. Malam ini merupakan malam terakhir untuk timbang berat badan peserta umum. Seorang peserta lagi telah berjaya menurunkan berat beliau sebanyak 5 kg ialah En Ang Lee Kung. Tahniah pada beliau. Hadiah akan disampaikan oleh YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz pada upacara penutup pada 10 April 2011 nanti di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Semenyih jam 9.00 pagi.

Peserta-pesreta umum yang telah berjaya menurunkan berat badan 5 kg atau lebih adalah seperti berikut:
1. Mejor Rosli bin Ahmad - 10 kg
2. Sdr Khairuddin Said - 9kg
3. Sdr Ismail Yunan - 9 kg
En Ang berjaya turun 1 kg lagi - Syabas menang RM50
4. Sdr Khairul Anwar Mohamad - 9 kg
5. Sdr Mustaffa Zul Zubir - 7 kg
6. Sdr Nurulfarah Salleh Kamil - 7 kg
7. Sdr Zainani Ab Hamid - 7 kg
8. Sdr Mohd azrin Yunos - 6 kg
9. Sdr Juliana Mohamed Jamaludin - 6 kg
10. Sdr Jarinah Abu Bakar - 5 kg
11. Sdr Nona Azizah Yusof - 7 kg
12. Sdr Maamor Salleh - 6 kg
13. En Ang Lee Kung - 5 kg

Makala peserta khas pula yang berjaya turun berat mereka setakat ini adalah seperti berikut:
1. Sdr Ramle Wan Chek - 10 kg
2. Sdr Siti Rafizah Adiri - kg

Peserta-peserta khas ini akan ditimbang kali terakhir pada hari penutupan rasmi adalah pada 10 April 2011 nanti.

Seramai 32 peserta hadir untuk timbang berat mereka. TAHNIAH pada peserta-peserta yang berjaya... yang kurang berjaya terus mencuba.. dimana program akan disambung pada bulan Jun 2011 nanti... peserta yang turun berat mereka maseh ada peluang untuk menang dan dapat wang tunai.

Program  "YOU TUBE" tidak mendapat sambutan dan tiada peserta yang menghantar video mereka sebelum tarikh tutup 1 April 2011. Sepatutnya program seperti  ini mendapat sambutan hangat dengan ada teknologi canggih, rupa rupa ramai yang suka jadi "penonton" dari jadi "pelakon" atau pembuat.



Semak nama sebelum timbang

Peserta menerima Buku "Makan Untuk hidup" dari Sdr Ramli
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia... Jumpa lagi di program akan datang Insha'Allah bulan Jun 2011 nanti.... Hadiah wang tunai yang lumayan menanti bagi peserta yang berjaya menurunkan berat badan mereka.