Satu program Pendakian Bukit Broga anjuran bersama KECERGAS, YB Dato' Haji Johan Abdul Aziz DUN Semenyih dan Kelab Motor Semenyih akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 21 November 2010 (Ahad)
Masa Berkumpul Jam: 6.45 pagi di Tempat Letak Kereta Rabbit Farm (Berdepan tempat pendakian)
Mula Mendaki: 7.00 pagi
Dijangka sampai balik kebawah dan Jamuan Pagi Jam: 9.00 pagi di Rabbit Farm
Siapa yang berminat untuk menyertainya sila hubungi laman ini diruang "comments". Untuk ke Bukit Broga boleh dibuat melalui panduan link berikut:
Pendakian Bukit Broga Dengan Pak Syad dan Pak Uda by ramlimatnor at Garmin Connect - Details
Pada 30 Oktober 2010 yang lepas jam 7.00 pagi, saya, Pak Chad (Pemegang Rekod Malaysia berbasikal secara solo) dan Pak Uda (Presiden Kelab Motor Semenyih) membuat pendakian untuk sesi fotografi sebagai panduan.
Kaki Bukit Broga.. Jarak 1.7km (Gambar Presiden KECERGAS) |
Puncak Bukit Broga |
Pandangan Dari Atas Bukit Broga |
Laluan Mendaki (Pak Uda-Baju Putih, Pak Chad- Baju Hitam) |
No comments:
Post a Comment