Thursday, December 16, 2010

PROGRAM: MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU

KECERGAS, dengan tajaan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), akan mengadakan program yang bertajuk: MAKAN BILA PERLU, SENAMAN SELALU DAN BANYAK PENYAKIT BERLALU, akan diadakan seperti berikut:
             Tarikh : 23 Januari 2011     Masa: 8.00 pagi - 2.00 tengah hari.
             Tempat : Maseh belum diputuskan sama ada di Padang Letak Kereta TESCO Semenyih atau 
                           Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Seksyen 5. Akan disahkan
                           kemudian.

Antara aturcara yang akan diadakan adalah:
             1. Saringan kesihatan  2. Pertandingan turun berat badan  3. Pertandingan U Tube tentang nak turun berat badan  4. Ceramah motivasi untuk turun berat badan  5. Senamrobik   6. Cabutan bertuah

Hadiah untuk turun berat badan aadalah hadiah pertama RM300.00, kedua RM200.00 dan ketiga RM100.00. Pemenang pertandingan U Tube juga akan mendapat hadiah pertama RM300.00, kedua RM200.00 dan ketiga RM100.00.

KECERGAS sambut cabaran akan membantu apa yang diiklan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan obesiti dikalangan rakyat Malaysia pada masa ini 2 dari 5 dengan tajaan LPKM.

Sesiapa berminat boleh menghantar maklumat seperti borang yang disertakan.

Saturday, December 11, 2010

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BROGA

YB Datuk Hj Johan Abd Aziz Mendaftar
Pengerusi Kecergas Depan Banner Program

Peserta Sedang Bersedia Untuk Mula Pendakian

Sedang Makan/Minum Selepas Turun

Pendaki Pendaki Makan/Minum Selepas Turun
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Syukur alhamdulillah KECERGAS telah berjaya mengadakan program pendakian Bukit Broga pada 21 Nov 2010 jam 8.30 pagi yang lepas. Seramai lebih dari 100 orang menyertainya termasuk YB Datuk Hj Johan Abd Aziz ADUN Semenyih... dari bayi hingga yang dewasa.. paling tua yang dapat saya pastikan bermur 62 tahun.

Boleh dikatakan 90 % berjaya ke bukit aras 1... bila ditanya nampak papan tanda "Bukit Broga 400m)... ramai kata belum.... Oleh itu cuba lagi lain kali untuk betul betul kepuncak Bukit Broga.

Selepas turun kita ada jamuan di Rabbit Farm seberang Jalan Broga berdepan dengan Bukit Broga. Perkena nasi goreng arnab salai dan burger daging arnab.. Yang tentu habis dan nampak laris, maseh nasi lemak yang dibawa oleh Team Pejabat YB Semenyih... memang sah nasi lemak makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mungkin kita terpikir arnab... macam makan kucing peliharaan kita....

Terima kasih pada YB dan para peserta yang menjayakan program ini.

Sunday, November 14, 2010

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BROGA PADA 21 NOVEMBER 2010

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia Semua,

Program Pendakian ke Bukit Broga tetap pada 21 November 2010  tetapi masa pendakian dah berubah atas permintaan ramai terutamanya kekawan kita dari Hulu Langat. Kato depa, awal sangat.. jauh nak datang dari Hulu Langat nuuu, kena bangun awal nanti tidur tak cukup.. tak daya pula nak panjat.

Oleh itu, pendakian akan dimulakan pada jam 8.30 pagi. YB Datuk Haji Johan ADUN Semenyih akan bersama kita dalam program ini.

Tempat berkumpul adalah di kawasan letak kereta Rabbit Farm berdepan dengan kawasan kelapa sawit dikaki Bukit Broga. Camno nak kesana boleh ikut link ini.
Pendakian Bukit Broga Dengan Pak Chad dan Pak Uda by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Sunday, October 31, 2010

RAMLI MAT NOR: PENDAKIAN BUKIT BROGA DAN GUNUNG TOK WAN

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Untuk mendapat gambaran lanjut mengenai Bukit Broga dan pendakian yang lebih jauh dan lebih tinggi (Gunung Tok Wan), boleh ikuti link berikut:
RAMLI MAT NOR: PENDAKIAN BUKIT BROGA DAN GUNUNG TOK WAN

Gambar-gambar lain Bukit Broga.
Pak Uda Menolong Pendaki Yang Cramp


PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BROGA

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia,

Satu program Pendakian Bukit Broga anjuran bersama KECERGAS, YB Dato' Haji Johan Abdul Aziz DUN Semenyih dan Kelab Motor Semenyih akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 21 November 2010 (Ahad)
Masa Berkumpul Jam: 6.45 pagi di Tempat Letak Kereta Rabbit Farm (Berdepan tempat pendakian)
Mula Mendaki: 7.00 pagi
Dijangka sampai balik kebawah  dan Jamuan Pagi Jam: 9.00 pagi di Rabbit Farm

Siapa yang berminat untuk menyertainya sila hubungi laman ini diruang "comments". Untuk ke Bukit Broga boleh dibuat melalui panduan link berikut:
Pendakian Bukit Broga Dengan Pak Syad dan Pak Uda by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Pada 30 Oktober  2010 yang lepas jam 7.00 pagi, saya, Pak Chad (Pemegang Rekod Malaysia berbasikal secara solo) dan Pak Uda (Presiden Kelab Motor Semenyih) membuat pendakian untuk sesi fotografi sebagai panduan.

                                                                        
   Kaki Bukit Broga.. Jarak 1.7km (Gambar Presiden KECERGAS)  
Puncak Bukit Broga
Pandangan Dari Atas Bukit Broga
Laluan Mendaki (Pak Uda-Baju Putih, Pak Chad- Baju Hitam)

Monday, October 18, 2010

Salam dari Pengerusi KECERGAS-

Salam Dari Pengerusi KECERGAS,

Sebagai Pengerusi, saya perlu mempelopori bahawa dengan izin Allah, kesihatan dan kecergasan boleh dicapai dengan cara riadah berkala secara sederhana dan makan juga secara sederhana. Dengan cara ini kita dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera di hari tua.

Sebagai menyahut cabaran semperna umur saya ke 56 pada 10.10.10 yang lepas, saya berlari sejauh 10 km diwaktu petang untuk menyertai  "Word Festival of Races" dan pada waktu paginya saya berlari sejauh 9.79km. Pada larian petang kalori dapat dibakar 454 kcal dan manakala larian paginya 528 kcal dapat dibakar.

Laluan larian saya boleh dilihat melalui link dibawah.





World Festival of Races- by ramlimatnor at Garmin Connect - Details

Selamat Sejahtera dari

Ramli Bin Mat Nor
Pengerusi KECERGAS

Thursday, October 7, 2010

Kelab Rekreasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS)

Salam Sejahtera Semua,

Kelab ini ditubuhkan bermatlamatkan untuk

    1. Menjalankan program-program riadah bagi memelihara kecergasan dan memperkukuhkan sistem sosial melalui penglibatan ahli dalam sukan dan pembangunan kesihatan.

     2. Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan

    3. Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian dan toleransi serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli.

    4. Menggalakan dan menganjur aktiviti kesihatan seperti seminar dan senaman (senamrobik), aktiviti rekreasi seperti perkhemahan dan pengembaraan dan perkelahan dikalangan ahli

Logo "KECERGAS"