Friday, January 27, 2012

PROGRAM BMI=23

TAHNIAH.... Seorang lagi peserta berjaya turun 5 kg... Tahniah En Zainudin.. mendapat wang tunai bernilai RM50.00

Hujan sikit pada 22 Jan 2012 yang lepas... senamrobik berpindah ke Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Semenyih.

Sunday, January 22, 2012

PROGRAM BMI=23 PENDAKIAN BROGA 11 FEB 2012

Semua peserta di jemput ke program pendakian bukit di Tok Kong Broga Negeri Sembilan pada Sabtu 11 Feb 2012. Harap semua dapat berkumpul dikaki bukit jam 7.30pg dan pendakian akan dimulakan pada tepat jam 8.00 pagi. Lokasi tempat boleh diikuti melalui link berikut.
Untitled by ramlimatnor at Garmin Connect - Details
 Gambar gambar bukit yang akan didaki


Saturday, January 21, 2012

BUKU ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

Buku aturcara boleh dibuat panduan terutamanya berapa lama kita perlu berjalan untuk bakar makanan tertentu dan memberi perhatian tegas terhadap makan/minum anak anak kita supaya tidak menjadikan saluran darah mereka seperti dewasa berumur 45 tahun sedangkan mereka baru berumur 10 tahun.



Wednesday, January 18, 2012

SENAMROBIK PADA 15 JAN 2012

TAHNIAH..En Ismail dan En Jalal



Seramai 71 peserta hadir untuk senamrobik kali ini. Bersemangat nampaknya setelah dua peserta berjaya turun 5 kg atau lebih. En Ismail Bin Yunan berjaya mendapat RM60 setelah turun 6 kg. Manakala En Azriah Jalal mendapat RM50 tunai setelah berjaya turun 5 kg. Peserta-peserta lain camno? Nak tahu rahsia camno nak turun berat badan... tanya le mereka berdua ni.

PERASMIAN PROGRAM BMI=23

Team NADI bertugas
Team KPJ Bertugas


PROGRAM BMI=23, dirasmikan dengan jayanya oleh Dr Idayu Maarof, penasihat KECERGAS, pada jam 9.00 pagi 8 Januari 2012 yang lepas di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Semenyih. Kehadiran peserta seramai 95 orang. Peserta yang berdaftar setakat ini adalah 144 orang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pembiaya iaitu Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan para penyokong yang menjayakan program ini terdiri dari NADI, KPJ, Sekolah Kebangsaan Semenyih, Semua ahli dan AJK KECERGAS,  para peserta dan semua yang terlibat.

Dr Idayu bersenamrobik  dipagi perasmian


Pengerusi KECERGAS berceramah pasal BMI=23