Tuesday, July 26, 2011

10,000 LANGKAH SEHARI.... langkah bijak

Gambar diatas dipetik dari Berita Harian Online 26 Julai 2011
Maklumat larian boleh didapati melalui link diatas atau gambar dibawah. Pengerusi KECERGAS menyertai larian ini bebaju biru/hijau KECERGAS.  Kalau betul ambil langkah ini dan kawal makan minum Insha'Allah boleh kurangkan obesiti dan mengelak pelbagai penyakit..... setakat lari aje lupakanlah...10,000 langkah ni lebih kurang 4 km cuma bakar 258 kkal... nasi lemak pun tak lepas lagi...belum teh tarik

Wednesday, July 6, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

PETA LARIAN 2.64 km
Sambutan dari Ibu lebih dari bapa... jaraknya hanya 2.64km tetapi penting sebagai asas sukan untuk ditunjukkan pada anak-anak kita bahawa senaman itu penting.... bukan hisap rokok.. yang kita tonjolkan setiap masa... selepas makan, masa tunggu anak balik sekolah, masa  tonton TV , masa menyangkul, masa menyapu, masa baca akbar dan pelbagai masa lagi.... tiba-tiba kita marah anak kita.. ooop jangan hisap rokok.. masa marah tu pun mulut berasap rokok.....

Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

<a href="http://connect.garmin.com/activity/96158769">Larian 1 Murid 1 Sukan Sek Men Keb Bandar Rinching by ramlimatnor at Garmin Connect - Details</a>
Laluan larian ini boleh didapati dengan menekan link diatas... ini adalah salah satu initiatif yang paling pintar pernah dilaksanakan oleh kerajaan demi untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersukan... salah satu cara terbaik untuk mengelakkan obesiti yang meningkat dikalangan murid sekolah dan juga rakyat dewasa Malaysia. Seperti yang telah diulang beribu kali sebelum ini... obesiti berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Larian ini sejauh 2.64 km dan masa yang saya ambil untuk tamat adalah 13 minit 22 saat.

Percaya le kata saya... jika mula makan ubat darah tinggi.. kesan sampingan paling utama ialah.. dia akan tangkap lutut, nak lari 1 km pun nanti tak larat. Ubat yang namanya  ada ... "lol" kat belakang, nak angkat "senjata"  pun nanti tak larat.