Saturday, January 1, 2011

PENDAKIAN DUNUNG TOK WAN

KECERGAS akan mengadakan program pendakian Gunung Tok Wan sama ada pada 16 Febuari 2011 hari Rabu (hari Maulidur Rasul) atau hujung minggu tersebut hari Sabtu 19 Febuari 2011. Masa pendakian jam 7.00 pagi. Masa berkumpul pintu masuk parking kelawa sawit jam 6.45pagi. Sila beri ulasan Sdr.
Persiapan  perlu adalah:
   1. Pakai baju lengan panjang kerana banyak nyamuk atau agas dan pakaian sesuai untuk pendakian bukan untuk ke pasar raya
   2. Bawa air mineral tiga botol kecil 3x 500 mL
   3. 2 keping roti kecil atau makanan ringan lain bagi tambah tenaga semasa dipuncak

Masa yang diambil untuk pendaki biasa adalah lebih kurang 3 jam naik dan 3 jam turun termasuk berhenti ambil gambar, rehat tengah jalan dan rehat dipuncak lebih kurang 30 minit. Ketinggian 675 m dan jarak dari kaki bukit 4.8 km. Bukit Broga tingginya 400 m dan jaraknya 1.7km . Kiraan dari jarak ini dan laluan lebih tinggi... masa yang diambil untuk mendaki Gunung Tok Wan adalah tiga kali masa mendaki Bukit Broga.

Sila beri maklum balas....

2 comments:

  1. tak sesuai mendaki pada hari maulidur rassul. buatlah hari lain

    ReplyDelete
  2. ok... kita cuba hari lain dan akan dimaklumkan tarikh baru pada sesi senamrobik mingguan di SRK Semenyih

    ReplyDelete