Thursday, December 22, 2011

PROGRAM BMI=23:TIMBANG BERAT BADAN

                                             
                                         
                                                 Kedatangan peserta untuk timbang berat badan adalah seramai 42 orang pada 11 Nov, 35 orang pada 18 Nov, 24 orang pada 25 Nov, 23 orang pada 9 Dis dan 18 orang pada 16 Dis 2011. Apa yang aneh? Peserta yang BMI obes... tak datang timbag.. tak tahu apa alasan mereka.. mereka tidak bercita cita untuk dapatkan BMI unggul. PROGRAM TIMBANG INI DIADAKAN DI NO.3 JALAN TPS 1/3, TAMAN PELANGI SEMENYIH... MULAI 24 DIS 2011, KAUNTER TIMBANG AKAN DIBUKA PADA SETIAP SABTU MALAM AHAD DI PASARAYA MYDIN PEKAN SEMENYIH...ANTARA JAM 8.00 - 10.00 MALAM.

SEBAHAGIAN AJK KECERGAS YANG BERTUGAS


Wednesday, December 21, 2011

PROGRAM BMI=23: SENAMROBIK



Kehadiran senamrobik yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Semenyih adalah 47 orang pada 4 Dis, 42 orang pada 11 Dis dan 45 orang pada 18 Dis 2011. Ok le.. memandangkan cuti sekolah.... ramai peserta pi bercuti, kenduri kahwin, balik kampong dan sebagainya. Kita harap lepas musim cuti sekolah ini.. kedatangan lebih memberansangkan.. terutama peserta BMI lebih dari 24.

Tuesday, December 6, 2011

PROGRAM BMI=23: SENAMROBIK

Jurulatih senamrobik dengan seorang peserta sedang rancang bersenamrobik diatas pentas.

Terima kasih Penolong kanan Cik Gu Yusof kerana sudi hadir sama

Seramai 47 peserta hadir ke Senamrobik di Sekolah Kebangsaan Semenyih. Harap lebih ramai peserta dapat ke senamrobik pada minggu depan.

Program diadakan setiap Ahad dari jam 9.00 - 10.00 pagi








Thursday, November 24, 2011

SAYANG ANAK? PASTIKAN MEREKA BMI=23 ATAU LEBIH BAIK

DAFTAR UNTUK PROGRAM BMI=23


SALAH SEORANG PESERTA SAHUT CABARAN BMI=23













Jangan sayang anak salah tempat. Pastikan anda dan anak anda BMI=23. Lihat gambar ini... jangan jadi macam ni .. umur baru 10 tahun pembuluh darah macam dewasa umur 45 tahun. Hadir program kami untuk mendapat keterangan lanjut.

Kehadiran pendaftaran pada 11 Nov 2011 adalah 23 orang.

Sunday, November 13, 2011

LANGKAH UNTUK MENCAPAI BMI=23 - 7 LANGKAH PENTING

JANGAN TENGOK AJE..... IKUT 7 CARA YANG DIGARISKAN.... INSHA'ALLAH ANDA BERJAYA...... percaya le... saya telah melaluinya lebih dari 20 tahun yang lepas... CEGAH SEBELUM TERLAMBAT.... mulakan dengan langkah pertama....

PROGRAM BMI=23

SALAM 1 MALAYSIA,

Penyertaan terhad kepada 120 orang saje... dijemput datang daftar beramai-ramai terutamanya yang mempunyai BMI lebih dari 30... Hadiah lumayan menanti Sdr... setiap 1 kg turun dapat RM10.... tetapi kena turun minima 5 kg..... Senang saje.. program yang lepas telah berjaya menurunkan berat badan 26 peserta turun 3 kg atau lebih dan 15 peserta turun 5 kg atau lebih. 15 peserta ini telah mendapat ganjaran dari RM50 hingga RM500.00.... Tahniah pada mereka kerana berjaya.
PENDAFTARAN PADA 11/11/11

 Seramai 33 peserta mendaftar pada 11 Nov 2011,   BMI mereka antara 16.4  hingga 39.3..... kita mengalu alukan peserta yang BMI nya melebih dari 30....
SEBARAN BORANG DI JAMUAN DEEPAVALI PADA 13/11/11
PENDAFTARAN PADA 11/11/11

SERAHAN BORANG PENYERTAAN PADA 13/11/11

SERAH BORANG PENYERTAAN DI JAMUAN DEEPAVALI

Tuesday, November 8, 2011

PENDAFTARAN PROGRAM BMI=23 BERMULA NOVEMBER .... DAPAT DUIT BUKAN BUANG DUIT

MULA PENDAFTARAN BULAN NOVEMBER BUKAN DISEMBER

PROGRAM BMI=23 BOLEH ATASI MASALAH INI... INSHA'ALLAH

Penyakit tidak berjangkit ini boleh diatasi.... dengan mengikuti program anjuran KECERGAS dibawah pembiayaan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)..... dapat duit... jimat duit... bukan buang duit... semuanya dapat duit, dibayar oleh LPKM

PROGRAM BMI=23 BERMULA.... DAPAT DUIT BUKAN BUANG DUIT


PERCUMA... PERCUMA... PERCUMA... TIADA APA APA PENIPUAN ATAU FAKTA TERSEMBUNYI KERANA IANYA DITAJA SEPENUHNYA OLEH LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA

Friday, October 28, 2011

BERIADAH MENDAPAT PAHALA

Petikan dari buku karangan Ramli Bin Mat Nor bertajuk.."Makan Untuk Hidup: Makan Bila Perlu" muka 101..... dengan beriadah kita mendapat pahala.. sama ada berlari, berjalan laju, berbasikal atau aaktiviti lain... sambil melakukan aktiviti ini kita berzikir atau selawat pada Nabi kita Muhammad SAW.... ini le kelebihan beriadah seorang... dengan kumpulan, apa yang terjadi kita akan lebih banyak mengumpat atau bercerita yang tidak membawa menafaat.. pahala tidak tetapi dosa pula yang kita dapat.

Buku ini dapat dibeli dengan harga RM19.90 senaskah termasuk pos keseluruh Malaysia.

Monday, October 24, 2011

PROGRAM BMI = 23

Salam Sejahtera Semua,

Program BMI = 23 akan dimulakan tidak lama lagi. Satu mesyuarat akan diadakan pada hari Jumaat ni 28 hb Oktober 2011 jam 8.30 malam di rumah Pengerusi.

Jangan tertipu dengan iklan ni.....Siapa nak kurus dan bila kurus kita bayar bukan kena bayar.. tak payah makan ubat cuma kena dengan cara dan pengetahuan tertentu..... ikuti program BMI=23 yang akan dimulakan bulan depan. Sila beri maklumat jika berminat...

Tuesday, September 20, 2011

CEGAH DIABETIS

Semua orang boleh mencegah pelbagai penyakit buatan sendiri dengan mengawal makan dan bersenam... tak susah cuma perlu sedikit disiplin..... Orang jaga makan minum dan bersenam.. tetap juga mati... tetapi yang paling penting JANGAN MATI SEBELUM MATI.... tip yang dipaparkan dari risalah Kementerian Kesihatan ini berguna untuk cegah diabetis. Dengan bersenam selalu kita juga akan jadi CERGAS..... Disinilah... asal usul Kelab KECERGAS ini.... untuk ahlinya sihat dan cergas.. Insha'Allah dapat mengelak pelbagai penyakit buatan sendiri.

Friday, September 9, 2011

JEMPUTAN KE JAMUAN HARI RAYA

Salam Eidul Fithri... semua di jemput ke rumah terbuka eidul fithri pada 11 Sep 2011 nanti di Pusat Kesihatan Beranang... Penyanyi Jamal Abdillah ada...

Tuesday, July 26, 2011

10,000 LANGKAH SEHARI.... langkah bijak

Gambar diatas dipetik dari Berita Harian Online 26 Julai 2011
Maklumat larian boleh didapati melalui link diatas atau gambar dibawah. Pengerusi KECERGAS menyertai larian ini bebaju biru/hijau KECERGAS.  Kalau betul ambil langkah ini dan kawal makan minum Insha'Allah boleh kurangkan obesiti dan mengelak pelbagai penyakit..... setakat lari aje lupakanlah...10,000 langkah ni lebih kurang 4 km cuma bakar 258 kkal... nasi lemak pun tak lepas lagi...belum teh tarik

Wednesday, July 6, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

PETA LARIAN 2.64 km
Sambutan dari Ibu lebih dari bapa... jaraknya hanya 2.64km tetapi penting sebagai asas sukan untuk ditunjukkan pada anak-anak kita bahawa senaman itu penting.... bukan hisap rokok.. yang kita tonjolkan setiap masa... selepas makan, masa tunggu anak balik sekolah, masa  tonton TV , masa menyangkul, masa menyapu, masa baca akbar dan pelbagai masa lagi.... tiba-tiba kita marah anak kita.. ooop jangan hisap rokok.. masa marah tu pun mulut berasap rokok.....

Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

<a href="http://connect.garmin.com/activity/96158769">Larian 1 Murid 1 Sukan Sek Men Keb Bandar Rinching by ramlimatnor at Garmin Connect - Details</a>
Laluan larian ini boleh didapati dengan menekan link diatas... ini adalah salah satu initiatif yang paling pintar pernah dilaksanakan oleh kerajaan demi untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersukan... salah satu cara terbaik untuk mengelakkan obesiti yang meningkat dikalangan murid sekolah dan juga rakyat dewasa Malaysia. Seperti yang telah diulang beribu kali sebelum ini... obesiti berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Larian ini sejauh 2.64 km dan masa yang saya ambil untuk tamat adalah 13 minit 22 saat.

Percaya le kata saya... jika mula makan ubat darah tinggi.. kesan sampingan paling utama ialah.. dia akan tangkap lutut, nak lari 1 km pun nanti tak larat. Ubat yang namanya  ada ... "lol" kat belakang, nak angkat "senjata"  pun nanti tak larat.

Saturday, June 11, 2011

SAWIT TRACKING - LALUAN TERDRKAT

Salam Sejahtera,

Tekan link ni.. untuk tengok laluan
Untitled by ramlimatnor at Garmin Connect - Details




Ini le laluan kita terdekat jika dilihat dari gambar stelit..... tunggu tungu cuma 4 orang muncul,,,  ini le rupa 4 sahabat.. yang satu lagi juru ambil gambar..... dia datang kul 7.45 pagi janji kul 7.00 katonyo ingat kul 8.00 pagi.... sahabat tu malu nak tunjuk muka.. he.. he.. orangnya handsome....

Perincian laluan kali ni ke jambatan tiada penyudahnya, boleh ikut link diatas....

Tracking berikutnya 26 Jun 2011.. jam 7.00 pagi, jangan silap masa pula,,,, tunggu depan Dewan Orang Ramai Bandar Rinching Sek 2.....

Thursday, June 9, 2011

SAWIT TRACKING

Salam 1 Malaysia,

Sawit tracking akan diadakan pada hari Ahad ni (12 Jun 2011)... Sila berkumpul di Dewan Orang Ramai Bandar Rinching  (Seksyen 2 Sebelah Sekolah Rendah Bdr Rinching)..jam 7.00 pagi..... tengok keindahan kelapa sawit dan jambatan yang dibuat oleh LEKAS yang hendak disambung entah kemana.... dapat pernafasan segar.. sedut oksigen..

Pi balik hanya 4 km.. masa 3 jam.... tersasau akan jadi 5 jam 10 km.... cuba kehebatan.... dalam hutan.. pokok yang pukau kita.. tak perlu hantu dan jembalang... mata sendiri.. terpukau....

Sunday, May 22, 2011

Friday, May 20, 2011

SAWIT TRACKING KE JAMBATAN TERGANTUNG LEBUHRAYA LEKAS

Semua dijemput ke program "SAWIT TRACKING" yang akan diadakan seperti berikut:
     Tarikh: 22 Mei 2011
      Tempat Bertemu: Dewan Serbaguna Bandar Rinching Sek 2 (Sebelah Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Rinching).
Mula bergerak: Jam 7.00 pagi,
Berhimpun jam 6.45pagi
Tujuan: Kesihatan, rekreasi dan ramah mesra.
     Sila bawa bekalan air mencukupi... perjalanan pergi, balik dan rehat 10 minit dijangka selama 3 jam.
     Jumpa disana....... buat apa nak naik Bukit Broga.. dah jam....

Thursday, April 28, 2011

GAMBAR SEMUA PEMENANG PENUTUP PROGRAM........ 10 APRIL 2011

Peserta Khas Tempat 1 dan 2
Pemenang Tempat 1
Pemenang Tempat 3
Pemenang Tempat 2








Satu-satunya Peserta Kaum Cina

GAMBAR-GAMBAR PESERTA YANG BERJAYA TURUN BERAT BADAN. PEMENANG 1 DAPAT TURUN 10Kg SEPANJANG PROGRAM, KEDUA DAN KETIGA DAPAT TURUN 9 Kg...... masih boleh turun jika berusaha sehingga BMI unggul......... Tak payah nak cerita BMI kat budak sekolah atau anak kita, jika kita sendiri BMI kategori hancur....